CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 27, 2008

Terima kasih kekasih

Abang suami dan kekasihku

Terima kasih kerana selama ini abang terlalu baik dengan aku. Kebaikan dan pengorbananmu itu tiada nilainya dan tidak ada tolak bandingnya. Di saat orang lain ke sana ke mari bersama isteri tercinta tetapi dirimu ke sana sini bersendirian. Apa lagi setelah anak kita Hafiz tinggal di asrama. Segala senarai barang ku tulis dan kau bawa untuk di beli barang ke pasar tani dan Care4. Sesungguhnya segala pengerobananmu itu hanya Allah sahaja yang membalasnya. Aku berdoa semoga jodoh kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat, dan kalau boleh biarlah kita berjodoh pula di syurga,biarpun aku sedar di Syurga nanti kau akan di kelilingi bidadari........tetapi aku tahu di sana nanti tidak ada rasa cemburu.


Hanya doaku tadah semoga semua ini akan berkekalan biarpun terlalu banyak kepayahan yang telah kau lalui bersamaku. Apakah balasanku kepadamu wahai kekasih? Budimu tidak dapat aku balaskan melainkan dengan kasih dan sayangku. Itupun kekadang aku agak cengeng denganmu wahai kekasihku. Aku bersyukur biarpun kita ini pasangan yang kurang upaya tetapi kita bahagia, dan semoga jodoh kita akan kekal sehingga ke hujung nyawa.

Kekasihku

Hafiz kita adalah segalanya untuk kita semoga dia menjadi anak yang soleh dan menjadi penghafal Quran Insya-Allah. Untuk abang yang selalu baik dengan kami terima kasih kekasihku. Moga kita di panjangkan umur di murahkan rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat kita.

Monday, September 1, 2008

Satu nama gabungan istimewa bersamamu abe

Blog ini adalah khususnya untuk aku dan suamiku tercinta. Wafa adalah satu nama yang digabung bersama suamiku. Wa adalah aku manakala Fa adalah suamiku jadilah WAFA yang bererti KESETIAAN. Najwa tu saja-saja aku letak kat situ sebab aku suka nama tu, lagipun ada WA jugak kat belakang. Kalau nak ikutkan terlalu banyaknya nick aku hinggakan ada kekawan agak keliru. Atieysha le, Ainatul le, Kak awwa tu memang nama panggilan aku kat kampung. Yang lain-lain tu kiranya cilok nama orang yang ada kena mengena denganku. Ainatul nama seorang gadis perempuan yang ku anggap anakku. Biarpun sudah lama terpisah tetapi nama tu tetap abadi dalam hidupku. Yang lain-lain tu nama samaran masa muda-muda dulu.Apa-apa ajelah aku ni...tetapi tidak mengapa asalkan aku bahagia. Yalah aku manalah ada kawan-kawan melainkan blog ini. Itu sudah membahagiakan aku...