CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 15, 2009

rawatan di PPUM

15 Oktober 2009 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1430 aku dan suami ke klinik Gine untuk meneruskan rawatan kami. Bagi diriku di sahkan subur dan tidak bermasalah untuk hamil lagi, tetapi bagi suamiku ada sedikit masalah. Jalan terakhir aku harus menjalani IUI. Ya Allah mudahan segala impian kami untuk menimang anak kedua berhasil. Sudah lama aku dan suami menanti. Aku harap agar semua impian akan menjadi kenyataan. Aku tahu risikonya aku harus melalui pembedahan untuk kali kedua andai aku ingin melahirkan, tetapi aku redha andainya itu membahagiakan kami.

Hafizku sudah besar, diapun memerlukan adik beradik dalam hidupnya. Aku tak mahu bila kami sudah tiada lagi dia akan bersendirian tanpa saudara. Biarpun ramai sepupu tetapi manakan sama dengan adik sendiri. Ya Allah makbulkan lah permintaan kami ini.Ya Allah berilah aku zuriat. Hanya kepadaMU lah tempat aku mengadu...........

Wednesday, July 22, 2009

Wafa Nur Hafizah Nur Iman

Aku pernah impikan seorang anak perempuan selepas dua tahun aku melahirkan anak pertamaku Hafiz. Tetapi rupanya impian itu sampai kehari ini belum kesampaian lagi. Aku tahu suamiku mengidap penyakit yang memerlukan mengambil ubat setiap masa, tetapi kata doktor masih ada harapan itu. Aku memang tidak ada masalah kesuburan. Aku normal tetapi takdir Tuhan hanya Dia saja yang tahu. Aku masih mengharap akan kehadiran Wafa Nur Hafizah Nur Iman dalam dakapanku. Biarpun adik ipar aku telah mengambil nama Nuriman untuk anak perempuannya aku sedikitpun tak akan mengalah. Nama itu milikku selepas kelahiran Hafiz. Tiada siapa yang boleh menghalang aku untuk menantikan kehadiran Nur Iman.


Iman hadirlah sayang, ibu menanti kehadiranmu. Ibu yakin pastinya Iman akan hadir jua dalam hidup ibu. Iman akan memberi kebahagiaan kepada ibu ayah dan abangmu Hafiz. Kesian Hafiz tidak mempunyai adik beradik. Sungguh kesian anak ibu. Tetapi apakan daya, hanya DIA lah yang Maha Mengetahuinya sayang.

Ya Allah makbulkan lah doaku ini amin amin amin...andai sebaliknya....nama ini ku abadikan untuk cucu2ku kelak....

Sunday, February 1, 2009

biarpun blog ni agak simple tetapi aku suka bangat

Sudah begitu lama aku tidak up date blog ni. Bukan aku nak tinggal terus sebenarnya, tetapi entahlah kalau dah banyak sangat blog, aku tak tau nak tulis yang mana satu dah. Bagiku blog adalah duniaku. Kalau tiada talian Internet di rumahku gelisahku di buatnya. apa lagi setelah berjauhan dengan buah hatiku. sunyi sepi rasa hidupku ini. Tetapi berkorban apa saja demi agama, demi masa depan yang mengharapkan redha Allah s.w.t. Biarpun agak berat untuk berpisah tetapi semuanya kerana Allah.