CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 17, 2010

Ujian di tahun baru


>~Wafa satu nama gabungan istimewa bersama suamiku tercinta. Dahulu pernah aku mengimpikan untuk menamakan anak perempuanku dengan nama itu. Tp sayangnya Allah menentu segalanya. Ianya tidak mungkin menjadi kenyataan.


Semenjak akhir2 ini terdetik juga di hatiku...oh alangkah indahnya kalau aku di kelilinggi anak2 yang ramai seperti adik iparku. Tetapi semua itu hanyalah mimpi yang tak sudah. Ahh sudah...sudahlah aku bermimpi di siang hari.

Aku sudah bosan dengan facebook, aku tak mahu jadii ketagih facebook. Asal aku on aje komputer aku nak tengok fesbuk. Bukannya nak chatting ngan orang tetapi nak baca apa orang up date. Aku berazam tahun baru hijrah ini aku ingin menumpukan sepenuh jiwa dan ragaku kepada pengajianku di surau. Umurku sudah semakin meningkat, aku takut andai di panggil Tuhan aku tidak cukup bekalannya.Tetapi aku tidak tahu bila pula aku akan kesurau, memandangkan keretapun sudah tiada, nak harapkan kawan ketika dia senang ok lah...tetapi kalau dia ada kerja dengan dia2 juga tak pergi. Aku berdoa semoga Allah murahkan rezeki ku untuk memiliki sebuah kenderaan, kecik pun jadilah...senang untuk aku bergerak pergi mengaji dan pergi beli barang dapur.

Ya Allah ku sangkakan panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan di tengah jalan....

TraGedi 2.12.2010

"syg mfkan abg..abg xcident ada di hospital Sungai Buluh"

Allah.... sedihnya aku Tuhan saja yang tahu. Aku tak habis2 di timpa musibah, aku tak menangis tetapi aku cuba mengawal emosiku, aku sms suamiku lagi bertanya...ttp dia kata kereta jatuh sungai. Suamiku tak sedar apa2 yang terjadi, dia sedar2 orang memapahnya keluar dari kereta yang remuk teruk di bahagian hadapan.


Ujian buatku di saat aku memerlukan bantuan...aku tak tahu hanya aku mengadu kepada Allah supaya tolong suamiku dan bantu aku untuk pergi melawat suamiku di hospital. Mujur juga ada kawan kat sini, dia sanggup mengorbankan kerjanya kerana kami. Rasa bersalah tetap ada...tetapi aku tidak tahu hendak meminta tolong kepada siapa. Dia lah sahabat aku di sini.

Di saat seperti ini aku benar2 tiada kawan-kawan. Benarlah kata orang, kawan ketawa ramai...tetapi kawan menangis kita sorang2. Allah bagi aku kekuatan untuk menerima dengan redha. Pada aku suamiku selamat alhamdulillah. Biarpun retak tulang rusuk tetapi aku tetap bersyukur kepada Allah kerana ianya tidak terlalu serius. Andainya ketika itu bersamaku sudah tentu aku innalillah, sebab tempat duduk penumpang hadapan remuk teruk. Segalanya musnah tak dapat di selamatkan lagi.

Aku sedar Allah sudah beri peringatan untuk kami untuk kami mendekatkan diri kepadaNYA. Ya Allah bersyukurlah kerana masih lagi di beri peuang untuk terus enghirup udaraMU ini.

petang 2.12.2010

Kawan2 seofis suamiku datang menjemputku. Dari A-Z mereka menolongku. Ketika ini aku baru sedar betapa baiknya mereka terhadap kami sanggup mereka datang dari KL semata-mata untuk menolongku. Kata mereka andainya dekat pasti mereka tidak biarkan aku sendiri...tetapi apakan daya kami jauh. Kalau kat PJ Kak Tosiah yang sudi menolong kami. PPuM pun dekat....

3 hari suamiku di rawat di hospital, terima kasih anak buahku Nurul dan suaminya Syam serta kawan2 seofis suamiku yang sudi melawatnya di sana. Terima kasih kepada adik ipar serta mak dan ayah mertuaku. Alhamdulillah hanya 3 hari di hospital...kalau tidak susahnya aku di sini tanpa suami.Dah lah berjauhan dengan anakku. Terima kasih juga sahabatku Lea kerana memberi kekuatan kepada aku.

dalam apa jua keadaan kita di iberi akal untuk berikhtiar, bagaikan patah kakinya tiada kenderaan Di sini bukan di PJ untuk di panggil teksi. Kalau adapun teksi jiran India ni tak kan lah nak ke Medan Putri pun panggil teksi. Mujurlah orang kedai boleh menghantar barang2 dapur ke rumah.

Ujian dI TAHUN BARU HIJRAH 1432. Redhalah aku Ya Allah. Janganlah Engkau berikaN ujian yang tak mampu aku hadapinya Allah....